Thursday, October 21, 2010

Diagnosis strabismus untuk mata juling

MASALAH juling atau dikenali sebagai strabismus di kalangan kanak-kanak seringkali mula dikesan oleh ibu bapa apabila salah satu mata anak kelihatan tergerak ke dalam atau keluar.

Kebanyakan kanak-kanak cenderung mendapat masalah juling yang dikenali sebagai esotropia. Esotropia adalah strabismus menumpu dan hadir sebelum usia empat tahun. Sesetengah daripadanya hadir sewaktu lahir. Eksotropia merupakan istilah bagi strabismus mencapah pula hadir agak lambat.

Penglihatan berganda jarang dirasai oleh anak muda kerana imej daripada mata juling akan dihalang oleh otak pada kadar segera.

Penekanan ini menganggu perkembangan normal penglihatan sehingga menjurus kepada masalah penglihatan tidak sempurna atau ambliopia.

Ambliopia merupakan satu keadaan yang serius tetapi boleh dirawat.

Punca

* Genetik

Dalam kebanyakan masalah juling, kegagalan mekanisme pusat yang mengawal perkembangan dan penyelenggaraan penglihatan tunggal binokular menjadi puncanya.

Kegagalan ini mungkin berlaku atas faktor keturunan. Ia juga lazimnya ditemui pada kerosakan otak atau terencat akal seperti yang berlaku kepada pesakit sindrom Down.

* Kesilapan biasan

Dalam keadaan pembiasan mata yang normal, hubungan antara akomodasi (penyesuaian bentuk kanta untuk menukar fokus mata) dan tumpuan adalah seimbang. Tetapi dalam hipermetropia (rabun dekat), akomodasi tambahan diperlukan untuk memperoleh imej yang jelas pada retina mungkin menjurus kepada tumpuan berlebihan sehingga mengakibatkan perkembangan masalah juling.

* Okular

Keabnormalan okular seperti katarak bawaan dan retinoblastoma mungkin mencacatkan penglihatan pusat dalam satu atau kedua-dua belah mata. Ini akan mencegah penyatuan imej-imej dan perkembangan penglihatan binokular. Retinoblastoma adalah pertumbuhan tumor malignan pada retina yang jarang berlaku terjadi pada bayi-bayi.

Diagnosis

Masalah juling tumpuan pada kanak-kanak seringkali berpunca daripada lipatan epikantik yang luas tetapi juling sebenar boleh dikesan menerusi:

l Pemeriksaan refleks kornea dengan menggunakan lampu suluh. Ini lazimnya adalah simetrik.

l Ujian tutup. Andainya sesebuah mata terpaku pada sesuatu objek, misalnya barang permainan, ditutup, mata juling akan bergerak untuk mengisi tumpuan tersebut.

Pengurusan

*Pemeriksaan untuk ketajaman penglihatan setiap mata. Pada usia kanak-kanak yang sangat muda, taksiran ketajaman boleh diperoleh dengan memantau keupayaan kanak-kanak itu mengambil objek-objek yang sangat kecil atau mengikut sasaran berayun.

*Oftalmoskopi untuk mengecualikan penyakit okular

*Retinoskopi untuk mengesan kehadiran sebarang kesilapan pembiasan signifikan.

*Pemeriksaan fundus dan pembiasan adalah dipermudahkan dengan penggunaan titisan minyak urut untuk mencairkan anak mata kanak-kanak.

Langkah-langkah lain termasuk:

*Penyediaan cermin mata untuk memperbaiki ketajaman penglihatan atau mengembalikan keseimbangan normal antara akomodasi dengan tumpuan. Dalam sesetengah penglihatan juling binokular boleh diperbaiki dengan membetulkan hipermetropia yang berkaitan. Ini dikenali sebagai juling akomodasi.

*Jika penglihatan mata juling sudah rosak dan tidak boleh diperbetulkan lagi menggunakan pemakaian cermin mata, ini bermakna hadirnya ambliopia.

*Penghentian salah satu mata daripada digunakan memaksa penggunaan mata ambliopik dan mendorong perkembangan ketajaman penglihatan normal. Penghentian adalah paling berkesan diaplikasikan selepas perkembangan masalah juling.

*Juling tercapah adalah jarang dan biasanya hanya berlaku selang-seli manakala penglihatan binokular berkembang secara normal. Pembedahan boleh diperlambatkan sehinggakan percapahan mata itu bertambah teruk dan menjurus kepada simptom-simptom.

No comments:

Post a Comment

X-Men Logo 2