Saturday, December 11, 2010
Kenapa Pesawat Kargo Tentera Masih Gunakan Kipas?
Jawapannya ialah kerana pesawat kargo berkipas lebih versatile dari yang menggunakan enjin jet.
Enjin jet MEMANG memberikan tujahan yang lebih dan ini membenarkan ianya bergerak lebih pantas. Sebab itulah pesawat kargo ketenteraan seperti C-5 Galaxy dan Ilyushin Il-76 digunakan oleh tentera US dan Russia. Sugguhpun dua pesawat ini boleh mengangkut muatan yang lebih berat, ianya tidak sesuai untuk operasi parachute drop dan STOL (short take off landing). Kapabiliti ini hanya mampu dilakukan pesawat berkipas
Apabila enjin jet digunakan tujahan dari enjin menolak pesawat kedepan. Aliran udara yang laju yang melalui permukaan sayap menghasilkan daya angkatan keatas. Lebih laju pesawat bergerak kehadapan semakin lajulah aliran udara sekaligus daya angkatan juga meningkat.
Enjin kipas pula bebeza. Tanpa perlu bergerak kehadapan sudah ada aliran udara laju melalui permukaan atas dan bawah sayap. Dari awal lagi sudah ada daya angkatan dihasilkan walaupun pesawat belum bergerak. Oleh kerana itu pesawat tuboprop tidak perlu bergerak sepantas pesawat jet untuk terbang (lower take off speed) . Ini sekaligus membenarkan pesawat berkipas menggunakan landasan yang lebih pendek. Kapabiliti ini dipanggail SHORT TAKE OFF AND LANDING atau STOL.
Dalam keadaan perang atau bencana pesawat berkipas mampu melakukan tugas dengan lebih mudah dari pesawat jet.
Daya angkatan lebih dari aliran angin kipas ke sayap juga membenarkan approach speed ketika mendarat lebih perlahan. Jika perlu lakukan air drop kereta kebal atau lori dari ruang kargo, payung terjun yang digunakan juga tidak akan terkoyak akibat JET BLAST.
Satu lagi kelebihan pesawat berkipas ialah kebarangkalian ianya rosak akibat tersedut objek aneh adalah kecil. Fenomena ini dipanggil FOREIGN OBJECT DAMAGE (FOD). Jika korang ingat lagi, 2 tahun lalu heboh satu Malaysia apabila pesawat Sukhoi kita rosak satu enjin kerana tersedut batu. Batu tersebut adalah sebahagian daripada konkrit landasan yang pecah kerana pembuatannya yang cheapskate. Rosak satu enjin sampai juta-juta rugi. Bukaan untuk turbin enjin kipas adalah kecil jika dibandingkan dengan enjin jet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment